Bila mention pasal teh ni mesti buat korang teringat dengan teh favourite korang yang masih relevan ni. Biar min teka mesti Teh Tarik kan? Sampai sekarang pun orang masih suka tau.
Teh tarik adalah minuman wajib lagi-lagi time sarapan pagi kat kedai mamak dan tea time bersama kuih. Tak kira lah bangsa atau agama kalau lepak mamak mesti order teh tarik punya. Anne teh tarik satu!
Rasanya yang klasik dan berlemak tu memang dapat beri kenikmatan tau lagi-lagi minum pada waktu sejuk. Pergh… terliur min dengar.
Jadi buat penggemar Teh Tarik diluar sana, haa.. kali ni korang tak perlu nak pergi ke kedai mamak untuk enjoy secawan teh tarik sebab Lipton sudah mengeluarkan pelbagai produk mereka antaranya ialah Teh Lipton 3 in 1. Wow!
Selain sedap dicicah bersama biskut kering, Teh Lipton juga sesuai dijadikan sebagai minuman harian bagi sesiapa yang ingin menyegarkan otak. Confirm tak pandang air lain dah kalau nak fokus buat kerja ni!
Kalau korang nak tahu? Satu pek mengandungi 12 paket tau, menjadikan satu cawan teh mengandungi kurang dari 100 kalori je. Tapi yang bestnya ia masih mengekalkan rasa yang lazat dan unik tau. Korang tak perlulah nak risau berat naik lagi!
Bahkan ia amat sesuai juga untuk dinikmati ketika bersarapan atau minum petang bersama keluarga. Tak kira di mana pun korang berada,sama ada di rumah, kampus, tempat kerja, camping atau ketika melancong. Jangan risau lipton 3-in-1 amat mudah disediakan dan di bawa kemana-mana saja.
Bagi penggemar teh, lagi-lagi untuk remaja muda sekarang mesti menyukai keunikan rasa yang berbeza dan aroma yang ditawarkan oleh Teh Lipton. Jangan risau Lipton menawarkan pelbagai jenis pilihan untuk korang!
Ia didatangi dengan pelbagai variasi Milk Tea Latte 3 in 1 iaitu Teh Tarik, Klasik, Earl Grey, Matcha dan Teh Halia khas untuk penggemar teh diluar sana.
Harganya juga mampu milik tau! Memang berbaloi dengan jumlah paket diberi serta bahan yang berkualiti tinggi. Kalau macam ni hari-hari min pun minum teh je…
Nak nikmati kedua-dua dalam bentuk panas atau sejuk pun boleh juga.
Jadi timing mana yang sesuai untuk menikmati korang punya teh tarik ni. Hmm… selalunya korang semua suka minum petang-petang kan? Pukul 4pm ke 6pm sebab time tulah kita boleh beriadah sekali dengan keluarga tersayang.
Kalau macam ni, korang boleh cuba Lipton 3-in-1 Milk Tea Latte yang berlabel Teh Tarik. Lepastu pekena pulak bersama goreng pisang panas-panas dan keropok lekor. FUH barulah ngam!
Bukan tu je.. sewaktu sambutan perayaan nanti ia boleh dihidangkan juga bersama sanak saudara dan kawan-kawan. Teh Lipton memang sesuai untuk semua majlis. Tak kira lah apa-apa perayaan.
Tehnya yang berkrim dan berbuih boleh dihasilkan dengan uncang Teh Tarik Lipton je. Confirm tak puas setiap kali diorang minum!
Dan korang kena ingat, teh bukan sekadar minuman ia adalah pengalaman. Jadi luangkan sedikit masa untuk diri sendiri, bancuh secawan teh kegemaran pilihan korang dan nikmati kehangatan dan kelazatan Teh Lipton tawarkan.
Haa…jadi penggemar teh tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah layari laman web Lazada dan klik link di sini untuk dapatkan perisa teh kegemaran korang!