Sekadar gambar hiasan
Seorang individu meluahkan rasa buntu yang dihadapi apabila anak perempuannya sukar untuk dikawal walaupun sudah cuba cara terbaik sebagai ibu bapa.
Artikel Berkaitan: ‘Salah Ke Saya Bercinta Dengan Suami Orang?’ – ‘Penyondol’ Tanya Pendapat Netizen
Artikel Berkaitan: Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Orang, Wanita ‘Buang’ Anak Dikandung – ‘Laki Tu Balik Dekat Bini Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Aku Nak Pensyarah Kaya Tu, Tak Kisah Dia Suami Orang Janji Tiap Bulan Dapat Duit..Sampai Masa Cerai Lah’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu yang dipercayai memiliki seorang anak perempuan yang berusia 16 tahun berubah menjadi liar sehingga maruah diri tergadai.
Difahamkan, individu itu telah mencuba beberapa cara untuk menjaga anak perempuannya dengan baik, namun, gagal.
Dah tegur, telefon tak pernah bagi, duduk depan mata, isteri suri rumah. Bab didikan saya dan isteri tegas tapi masih beri perhatian dan kasih sayang. Kami luangkan masa bersama keluarga setiap minggu, makan malam satu meja itu wajib.
Tapi Allah nak uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar. Sampai dah buat sex dengan suami orang. Saya sampai tak tidur malam berjaga tapi masih licik budak zaman sekarang.
Apa yang terjadi membuatkan individu yang bergelar seorang ayah itu hiba dan buntu untuk mengawal anak.
Dalam pada itu, individu tersebut meminta pendapat untuk dikahwinkan anak yang berusia 16 tahun itu atau menggunakan cara yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membantu dalam memberi cadangan untuk menangani hal tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang memberi nasihat untuk dijadikan anak-anak sebagai sahabat agar meraka selesa dengan ibu bapa sendiri.
Sumber: Twitter @ibjela