Seorang wanita berdepan detik cemas apabila berlaku pertelingkahan sewaktu dia sedang membuat pembayaran di kaunter sebuah pasar raya. Menerusi Twitter, Dyna mendakwa lelaki tersebut tiba-tiba hilang sabar dan meninggikan suara. Walau bagaimanapun, kejadian berjaya dikawal oleh orang awam yang membantu menenangkan keadaan tersebut.
Menurutnya, dia bersama kakanya sedang membuat pembayaran di kaunter sebelum seorang lelaki dikatakan tidak sabar menunggu meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat serta dipercayai berbaur perkauman. Tambahnya lagi, kaunter tersebut merupakan kaunter biasa bukannya kaunter express yang hanya terhad kepada beberapa barang sahaja.
Dia bersyukur kerana seorang lelaki lain yang berbaju biru menyedari tindakan lelaki tersebut dan menolongnya menenagkan keadaan. Selain itu, orang awam di situ dikatakan tidak berbuat apa-apa malah tidak memanggil pengawal keselamatan untuk mengawal keadaan. Dia turut berasa lega kerana lelaki berkenaan hanya memaki hamun dan tidak ‘naik tangan’ kerana risau akan situasi mereka yang ketika itu hanya berdua.
Sumber: Dyna