Siapa sangka pertemuan di sekolah menjadi titik permulaan bagi satu pasangan ini sebelum mereka selamat bergelar suami isteri yang sah. Video yang dikongsi berjaya mendapat hampir 1.4 juta tontonan di laman TikTok dan meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Bertemu Ketika Majlis ‘Reunion’, Cikgu Tak Sangka Bakal Berkahwin Dengan Pelajar Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Muridku, Suamiku’ – Kenal 3 Tahun Sebelum Kahwin, Netizen Cakap Suami Nampak Matang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Menerusi video yang dikongsi, wanita ini menceritakan jarak umur dengan suaminya adalah 33 tahun. Difahamkan lelaki berkenaan merupakan gurunya ketika di bangku sekolah.
Rezeki pasangan ini apabila mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun lepas semasa hari ulang tahun yang pertama dan kini difahamkan sedang mengandung anak yang kedua. Di sebalik kebahagiaan tersebut, wanita ini menceritakan dia pernah melalui satu tempoh sukar apabila dicerca, difitnah, dan dipinggirkan oleh orang yang berada di sekelilingnya.
Perancangan Allah yang terbaik. Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada perancangan Allah.
Kita sebagai manusia tidak berhak menghukum. Kekayaan adalah rahsia Allah.
Hasil pemerhatian pihak OHBULAN! mendapati ruangan komen video yang mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu ditutup oleh pemilik video.
@nasniza02? ????????? – K.Story009
@nasniza02??? bunyi asal – asniza02
Sumber: Asniza02