Cuaca buruk yang melanda negara sejak akhir-akhir ini telah mengakibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dinaiki air.
Memahami keadaan mangsa banjir, Bjak.my bakal melancarkan tabung Bjak Kasih bagi membantu ribuan mangsa banjir di beberapa buah negeri terjejas.
Syarikat teknologi berstatus MSC ini memaklumkan tabung itu ditubuhkan selepas melihat situasi banjir yang semakin kritikal khususnya di Pahang, Johor dan Terengganu yang bermula sejak penghujung tahun lalu.
Pegawai Perhubungan Korporat Bjak.my Amierul Nasir berkata, atas rasa tanggungjawab dan empati, Bjak.my mengambil inisiatif membuka tabung derma untuk sama-sama menggalakkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Bjak.my membantu mangsa-mangsa banjir.
Untuk menderma ke tabung ini, korang boleh menyalurkannya ketika memperbaharui insurans kereta di platform Bjak.my dengan menekan pautan yang disediakan. Caranya mudah saja, korang boleh ikut langkah di bawah.
- Dapatkan quotation insurans kenderaan korang di Bjak.my
- Isi jumlah sumbangan sebelum korang daftar keluar
- Terima polisi insurans dan slip sumbangan korang
Senang je kan! Haa, untuk setiap ringgit yang korang sumbangkan akan digandakan dengan jumlah yang sama. Ini bukan saja dapat menggalakkan korang untuk menderma, tapi secara tak langsung dapat meningkatkan hasil kutipan derma.
Bjak.my menyasarkan jumlah kutipan RM1 juta daripada tabung ini. Hasil sumbangan akan disalurkan kepada mangsa banjir pada kadar segera kira-kira pertengahan Februari.
Tabung Bjak Kasih akan dibuka bermula 15 Januari dan tamat pada 31 Januari 11.59 malam tau. Jadi, apa tunggu lagi guys? Jom bantu mereka yang memerlukan sekarang!