Dikala semua tengah bergembira menyambut Syawal bersama sanak-saudara di kampung halaman, ada antara mereka yang menyambut raya hanya sehelai sepinggang. Pernah tak kita terfikir bagaimana golongan gelandangan atau mereka yang tidak berkemampuan menyambut raya?
Kebiasaan masyarakat lebih fokus pada anak yatim, ibu-ibu tunggal & golongan asnaf sehingga komuniti yang tidak berkemampuan dan gelandangan disisihkan. Dengan membuat kelainan pada Syawal kali ini, foodpanda mendekati komuniti yang tidak berkemampuan dengan memberi sumbangan berupa makanan.
Dengan mengadakan kempen Berkat Ramadan, 1 pesanan bersamaan 1 hidangan untuk didermakan pada komuniti yang memerlukan, kempen yang diadakan sepanjang Ramadan ini telah membuat kutipan sebanyak 246, 446 ribu makanan. Untuk mengetahui kesinambungan inisiatif foodpanda bersama Coca-Cola, saksikan melalui video ini:-
Selain berkongsi dana kutipan derma daripada kempen Berkat Ramadan, foodpanda juga memperkenalkan bekal by foodpanda. Servis ini adalah satu-satunya platform penghantaran Malaysia yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Untuk memberi peluang pekerjaan kepada komuniti yang kurang berkemampuan dan komuniti ini, foodpanda membuka booth untuk pendaftaran sebagai rider bekal by foodpanda secara percuma.
Macam mana kita nak kenal rider bekal by foodpanda dengan rider foodpanda adalah melalui pakaian seragam dan beg rider yang bewarna kuning dan merah jambu.
Kalau korang nak tau lebih banyak lagi tentang bekal by foodpanda ni atau ada yang mencari peluang pekerjaan boleh layari website bekal by foodpanda