Korang boleh pilih untuk menyaksikan paus dari laut dengan menaiki cruise, darat mahupun menggunakan helikopter untuk pengalaman yang lebih menakjubkan, untuk ketahui dengan lebih lanjut korang boleh klik di SINI.
4. Pameran seni & festival, psstt favourite admin Hot Chocolate Festival!
Bila ke negara orang jangan lupa untuk singgah dan rasai sendiri pengalaman yang ditawarkan menerusi pameran seni dan festival di negara tersebut sebab dekat sinilah korang akan dapat belajar pelbagai benda baharu terutama sekali berkaitan negara yang korang lawati.
Senarai pameran seni & festival
i) Bermula Jun – Pameran Winter Masterpieces
Pameran Winter Masterpieces di National Gallery of Victoria bakal mempamerkan lebih 100 karya hebat Pierre Bonnard, pelukis terkemuka Perancis pada abad ke 20. Di sini juga korang bakal disajikan dengan pelbagai karya seni dan scenografi kontemporari yang dipersembahkan oleh arkitek dan pereka terkemuka, India Mahdavi.
ii) 7 sehingga 18 Jun – RISING
Nak belajar mengenai budaya seni dan elektik? RISING adalah pameran seni yang tak boleh korang skip! Di sini akan ada pertunjukkan muzik, teater, pameran seni, pengalaman immersive dan macam-macam lagi!
iii) 24 Jun sehingga 16 Julai – Winter Wonderlights
iv) Jika datang bersama keluarga dan anak-anak, korang wajib ke Winter Wonderlights! Di sini terdapat pameran hiasan lampu, pasar jualan dan hiburan mesra keluarga.
Ogos – Hot Chocolate Festival
Ini kegemaran admin! Hirup cokolat panas masa cuaca dingin memang feeling guys! Festival akan ini dijalankan selama 28 hari dan setiap hari ada perisa coklat berbeza untuk korang pilih.
Festival bakal berlansung di Great Ocean Road Chocolaterie and Ice Creamery, Yarra Valley Chocolaterie and Ice Creamery dan Mornington Peninsula Chocolaterie and Ice Creamery. Kena pergi tau!
5. Saksikan ratusan ribu bunga mekar dengan pelbagai warna!
Nak bergambar dengan ratusan ribu bunga mekar termasuk orked dan tulip? Kena ke Tesselaar Tulip Festival pada 16 September sehingga 15 October! Di sini tak kiralah dari angle mana pun korang ambik gambar gerenti cantik dikelilingi bunga warna-warni.
Pada penghujung September sehingga awal Oktober pula jangan lupa untuk singgah ke Blossom Festival at Cherryhill Orchards bagi menyaksikan sendiri bunga cherry blossom yang bakal tumbuh mekar memenuhi festival tersebut.
Dah boleh mula rancang perjalanan korang!
Haa.. Macam-macam dah admin senaraikan untuk korang dekat atas tu. Korang hanya tinggal rancang tarikh, beli tiket penerbangan dan bersedia untuk terbang ke Melbourne!
Sekiranya korang memerlukan maklumat lanjut atau nak tahu lebih banyak tempat menarik untuk dilawati di Melbourne korang boleh layari laman web Visit Victoria di SINI.
Selamat bercuti guys!