Umum mengetahui, Daniella Sya bukanlah seorang yang beragama Islam meskipun selalu membawa watak sebagai seorang muslim di dalam drama.
Artikel Berkaitan: Daphne Iking Akui Tak Pernah Makan Khinzir Sebelum Peluk Islam Lagi
Lantaran itu, ramai yang menjadi keliru sehinggakan menegur pelakon Hijrah Jannah itu setiap kali dia memuat naik gambar seksi di media sosial.
Memetik laporan Berita Harian, meskipun mendapat pelbagai respon dari wargamaya, pelakon berusia 35 tahun itu enggan berpura-pura hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain sebaliknya, selesa menjadi diri sendiri.
Memang sebelum ini pernah terfikir mengenai teguran dalam laman sosial, tetapi saya dinasihati rakan selebriti supaya tidak hipokrit, sebaliknya menjadi diri sendiri.
Bila difikirkan semula apa dikatakan, betul juga. Kenapa saya perlu berpura-pura hanya ingin menjaga perasaan orang lain.
Jadi, saya memilih untuk terus menjadi diri sendiri dan tidak perlu merasa takut untuk memuat naik apa sahaja foto dalam laman sosial.
Dalam pada itu, Daniella yang kini sedang bermain cinta dengan seorang lelaki berbangsa Melayu mendedahkan bahawa dia tidak menolak untuk memeluk Islam suatu hari nanti.
Menurut Daniella, dia banyak mempelajari tentang agama Islam selepas sering diberikan watak sebagai seorang wanita Muslim di dalam drama-drama yang dibintanginya.
Saya banyak terdedah kepada agama Islam mungkin kerana banyak terbabit dalam drama Melayu. Dalam masa sama, saya juga ada belajar sedikit sebanyak mengenai agama ini.
Saya tidak menolak andai satu hari nanti memeluk Islam. Secara kebetulan, saya juga menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.
Dia bukanlah orang dalam industri, sebaliknya hanya orang biasa. Saya menyenanginya kerana sangat menghormati saya.
Cuma perancangan membawa hubungan cinta ke fasa lain belum pernah berbincang lagi.
Sekadar info, Daniella atau nama sebenarnya Daniella Sya Yeng Yeng merupakan seorang wanita berbangsa Tiong Hua.
Daniella mula berkecimpung dalam industri seni ini sebagai model pada usia 16 tahun, sebelum memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Bezanya Cinta pada 2008.
Sumber: Berita Harian