Foto: udgtv
Golongan penjenayah pedofilia yang kemaruk melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak didapati semakin bertambah setiap tahun di negara ini. Seorang Doktor di Twitter yang dikenali sebagai Dr Ana berkongsi pengalaman tentang seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang sudah pandai ‘video call’ dengan lelaki yang berumur 20 tahun yang baru dikenali.
Artikel berkaitan: ‘Jadi Mangsa Atuk Sedara, Abang Kandung Sampai Mengandungkan Anak Dia Lepastu…’
Artikel berkaitan: ‘Ayah Kami Pedofilia’ – Tiga Wanita Kongsi Kisah Silam Jadi Mangsa Penderaan Seksual Bapa Kandung Sejak Kecil
Artikel berkaitan: Umpan RM80 & Lampin, Pedofilia Minta Gambar Kemaluan Budak Tukaran ‘Bantuan’ Covid-19
Foto: Cultura colectiva
Menurut tweet daripada Dr. Ana, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun pada mulanya ditahan di wad hospital berseorangan kerana ibu bapanya bekerja. Pada mulanya doktor tersebut menyangka kanak-kanak itu sedang video call bersama ibu bapanya namun setelah ditanya rupanya seorang yang tidak dikenali.
Oh kami main games online sama-sama tadi, lepas tu dia bagi no handphone dia. Saya try la call.
Dr. Ana mula risau apabila kanak-kanak berusia 8 tahun sudah berani untuk berhubung dengan orang yang tidak dikenali.
Lelaki ke perempuan tu? Dengar suara macam perempuan. Yang perempuan tu adik dia. Tadi saya cakap dengan abang dia.
Apa yang lagi mengejutkan adalah apabila budak perempuan tersebut memberitahu bahawa lelaki yang dihubungi itu berumur 20 tahun.
Allah..
Seram!
Saya tak tahulah kalau anda semua tak rasa seram.Budak usia 8tahun berVIDEO call
Dengan orang TAK DIKENALI
Yang dia baru jumpa semasa main GAMES ONLINE
Siap beritahu LOKASI
Beritahu maklumat PERIBADISiapa dihujung talian tu?
Dia mungkin PEMANGSA?
PEDOFILIA?— Dr Ana (@anayasminazmi) March 19, 2021
Dr. Ana juga turut membincangkan tentang isu ini bersama ibu kepada budak perempuan tersebut tetapi jawapan daripada ibu tersebut agak menyedihkan apabila dia menjawab yang anaknya tidak mahu mendengar kata.
Terpinga-pinga saya dengar jawapan tu, Sebab anak baru 8tahun bukan 18tahun
Tambah beliau, ibu bapa sepatutnya membimbing anak-anak sendiri dan ajar benda yang baik dan buruk supaya isu seperti ini tidak terus berleluasa.
macam mak aku lah bagi je adik aku phone padahal 11 tahun lagi. sekali cek phone tu video bercinta je banyak tah mana lah dia jumpa. geram aku. pastu pepandai dia je nak main tiktok post kat social media ehhhh kau
— ????? ??? (@zaffsz) March 19, 2021
Sumber: Twitter @anayasminazmi