Sejak kebelakangan ini, Malaysia sering mengalami banjir kilat di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Fenomena ini sekaligus menunjukkan petanda pembangunan terlalu pesat dan padat serta kekurangan sistem peparitan.
Apa lebih membimbangkan adalah keadaan ini menyebabkan suhu bumi terus meningkat dan berlaku pemanasan global yang memberi kesan negatif perubahan iklim dan kesihatan. Jadi wajarkah kita sebagai rakyat Malaysia berdiam tanpa sebarang tindakan?
Antara usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat adalah dengan menggunakan bekas sendiri ketika membungkus makanan dan menggunakan peralatan yang boleh digunakan semula. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan kesan karbon sekaligus mengurangkan pertambahan sampah, beg plastik di pusat pembuangan sampah.
Bukan itu sahaja, masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan pencemaran alam yang disebabkan oleh gas karbon ke ruang atmosfera. Walaupun tampak kecil, namun secara jelasnya usaha orang ramai ini dapat memerangi perubahan iklim dan kesan buruknya lebih beberapa dekad akan datang.
Acer menyahut seruan hijau
Prihatin dengan perkara ini, jenama elektronik Acer turut mengambil pendekatan dalam menggalakkan rakyat Malaysia terus mengamalkan cara hidup yang lestari atau mesra alam menerusi kempen ‘Make Your Green Mark’.
Menerusi kempen ini, Acer memulakan ‘Earthion’, yang merupakan gabungan dua perkataan Inggeris “Earth + Mission”, sebagai platform untuk membawa bersama rakan rantaian pembekalan untuk membangunkan penyelesaian berpadu dan inovatif yang tertumpu kepada kelestarian.
Usaha ini turut disokong oleh lima rakan kongsi daripada wakil Kitamen, Microsoft, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, PIKOM dan Team Lugiami yang telah berikrar menyokong usaha Acer Malaysia sebagai respons kepada jemputan untuk menyertai ‘Make Your Green Mark’. Dengan kolaborasi ini, Acer percaya ‘Earthion’ boleh mencipta impak positif untuk alam sekitar dengan efektif.
Bukan itu sahaja, pihak Acer turut mengambil 15 pokok angkat di Taman Tugu, Kuala Lumpur yang mempunyai keluasan 66 ekar sebagai manifestasi kesungguhan pihak mereka terhadap mesra alam sekitar
Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Acer juga menawarkan pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menyahut seruan Hijau dengan komputer riba mesra alam sekitar – Acer Aspire Vero.
Diperbuat dengan 30% plastik yang dikitar semula daripada pengguna (PCR) di dalam chasisnya, setiap Aspire Vero menjimatkan kira-kira 21% pelepasan CO2.Apa yang menarik, semua butang kekuncinya mengandungi 50% plastik PCR. Rekaan ini sekaligus membantu melupuskan bahan bahan yang tidak diperlukan dengan membuat komputer atau komponennya mudah diceraikan, diperbaiki, dipertingkatkan, dan dikitar semula.
Bukan itu sahaja, Aspire Vero juga dibungkus di dalam kotak yang diperbuat daripada kertas pulpa yang 80-85% dikitar semula, dan plastik bagi perlindungan adapter dikurangkan dengan menggunakan kertas. Kesemua inisiatif Acer di atas untuk mencipta laptop ‘hijau’ adalah untuk mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar di mana pengguna dapat menggunakan komputer riba yang berkualiti dan mesra alam pada masa yang sama.
Apa yang penting, setiap pembelian Acer Aspire Vero, RM100 akan dimasukkan ke dalam projek konservasi Taman Tugu untuk menanam pokok-pokok baru. Dengan pembangunan yang menjadikan Kuala Lumpur pada masa kini, rakyat Malaysia mengorbankan kawasan-kawasan hijau untuk sebuah bandar yang menarik pelancong dan bisnes dari luar negara di mana Taman Tugu merupakan satu-satunya kawasan hijau di bandaraya tersebut.
Untuk menyokong gerakan hijau Acer untuk generasi masa hadapan, anda juga boleh memberi dermaan melalui e-Wallet kepada Taman Tugu melalui pautan ini. Jom sama-sama kita beri sokongan terhadap kempen ini! Setiap sokongan yang diberikan mampu mengubah segalanya. Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan inisiatif hijau yang dilancarkan oleh Acer, anda boleh layari laman web mereka di sini.