Masalah pengangguran ni merupakan antara isu yang sering kita dengar. Setiap individu mempunyai masalah dan sebab mereka tersendiri yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Antara masalah yang selalu kita dengar adalah overqualified, under qualified, kuota yang dibuka terlalu sedikit, tidak mendapat info mengenai temu duga dan sebagainya.
Tapi, kalau korang nak tahu, PERKESO dah dikenali sebagai agensi yang membantu rakyat Malaysia ni keluar dari masalah pengangguran mereka melalui Karnival Kerjaya MYFutureJobs ni!
Jom baca 4 testimoni di bawah ni, ha mana tau sama situasi dengan korang kan?
Menurut seorang juruelektrik berumur 22 tahun yang ditemu ramah, portal MYFutureJobs memudahkan proses pencarian kerja beliau.
Urusan temuduga beliau dengan majikan juga dibantu oleh PERKESO melalui Karnival Kerjaya yang dianjurkan! Malahan, melalui karnival tersebut juga beliau berjaya memperoleh pekerjaan di syarikat B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd.
Ramai yang beranggapan bahawa jika umur semakin meningkat boleh menyebabkan proses pencarian kerja menjadi sedikit sukar. Namun, kalau korang tahu cara yang betul sebenarnya ia mudah je guys.
Nasrol bin Khasim, 44, yang kini bekerja sebagai Maintenance Technician di Teraputics Sdn Bhd berjaya mendapat pekerjaan beliau hasil bimbingan dan bantuan yang diberikan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.
Menurut beliau, pegawai tersebut sangat membantu dalam memberikan info kekosongan jawatan terkini, memberikan penerangan yang sangat jelas berkenaan tuntutan elaun mencari pekerjaan, dan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam usaha membantu beliau mencari pekerjaan.
Khaw Jin Wee, 30, menghadapi masalah untuk mencari pekerjaan disebabkan jawatan kosong Optometrist adalah kurang. Tidak berputus asa, Khaw Jin Wee kemudian mula mencuba mencari pekerjaan melalui MYFutureJobs.
Selepas beliau menghadiri temuduga secara walk-in, pegawai PERKESO bantu beliau dengan mendapatkan info susulan daripada syarikat tersebut, seterusnya mendapatkan Khaw Jin Wee pekerjaan di syarikat Visiokraft Optometrist.
Bagi Asrul Hasni bin Mohamad Hidayat, 23, yang kini a bekerja sebagai operator di JINKO SOLAR (MALAYSIA) SDN BHD, wujudnya Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO ini dapat menyelamatkan orang-orang yang kehilangan pekerjaan manakala tuntutan wang insurans pekerjaan itu membantu meringankan komitmen pekerja yang kehilangan pendapatan..
Pengendalian serta pengurusan kes beliau juga dipermudahkan dengan bantuan pegawai PERKESO yang komited.
Ada yang mempunyai masalah yang sama dengan testimoni di atas? Jangan risau, korang boleh ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pulau Pinang pada 3-4 Jun 2023!
Bertempat di Butterworth Arena dari 8 pagi sehingga 5 petang, korang boleh habiskan masa seharian dekat sana tau. Ambil masa betul-betul untuk ke semua booth yang ada! Lebih 7,000 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor dan industri menanti korang nanti tau. Rugi kalau tak pergi.
Sebelum tu korang boleh daftar dahulu dekat laman web :http://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.
Ha mana tahu kan, mungkin lepas ni peluang korang pula untuk dapat pekerjaan pula kan? Good Luck guys!