Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan ke wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Siapa Abang Saya & Siapa Wanita Itu’ – Jalaluddin Hassan Respon Video Viral Musa Hassan
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anak kepada aktor itu, Zul Qayyum menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya pada hari sama.
Susulan itu, Zul berkata, bapanya tidak dapat tampil beraksi di sebuah program yang sedang bersiaran di televisyen swasta.
Dalam masa, dia memohon doa orang ramai agar aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat semula.
Maaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital.
Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh.
Insya-Allah lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih.
Bagaimanapun, punca pemilik nama lengkap Jalaluddin Tan Sri Haji Hassan itu dimasukkan ke hospital tidak dinyatakan.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan Zul tidak berjaya apabila pesanan mesej ringkas tidak dibalas.
Sumber: TikTok