Korang nak tahu tak? Julai ni, Lazada bakal menganjurkan Lazada Run di Malaysia bagi memberi inspirasi serta memperkasakan orang ramai agar kelihatan lebih sihat dan cergas.
Jadi, ini lah masanya untuk korang serlahkan kecergasan dalam hidup korang tu dan jadi antara salah satu dari 10,000 para peserta. Jom cipta sejarah bersama Lazada!
Acara larian yang menarik dan unik tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 16 Julai 2023, dari 3.30 pagi hingga 10.00 pagi di Persiaran Flora, Cyberjaya. Siapa yang berdekatan tu wajib join!
Siapa yang join tu korang memang takkan menyesal sebab Lazada Run di Malaysia akan menampilkan tiga kategori termasuk larian 5km untuk kanak-kanak dan dewasa, 10km dan 21km. Sebanyak RM20,000 wang tunai akan diberikan. Wow banyaknya!
Jangan risau, bagi peserta yang menamatkan larian korang akan dapat membawa pulang pingat tau!
Manakala, juara kategori lelaki dan wanita yang menamatkan larian dalam Kategori Terbuka larian 10km dan 21km berpeluang untuk terbang ke Singapura bagi menyertai acara finale Lazada Run pada 23 Julai. Seronoknya!
Selain larian kompetitif, terdapat juga Kid’s Dash untuk kanak-kanak, serta Cart Dash tambahan yang terbuka kepada semua peserta yang menamatkan larian.
Dengan bayaran tiket penyertaan berharga RM30 je, para peserta boleh sertai larian pecutan 30 meter, di mana korang perlu mengumpul sebanyak mungkin kotak hadiah dalam masa 20 saat saja.
Kotak tersebut mengandungi hadiah-hadiah menarik seperti diskaun, baucar, tawaran, dan produk dari Lazada dan rakan penaja Lazada Run. Wah, boleh jimat banyak ni kalau nak shopping dengan Lazada nanti!
Haa… bukan tu je, lepas korang dah habis dan penat berlari tu. Korang boleh pergi ke Lazada Village tau untuk menikmati pelbagai variasi makanan, minuman, permainan, serta tawaran eksklusif.
Lazada Village turut terbuka kepada orang ramai pada 16 Julai 2023, 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Tiket untuk menyertai larian Lazada Run boleh dibeli secara langsung melalui aplikasi Lazada hanya klik di ikon ‘Lazada Run’ di tab ‘Utama’ atau taip ‘Lazada Run’ di medan carian.
Harga tiket tertera seperti di bawah:
Peserta larian Lazada Run harus berumur 13 tahun ke atas, manakala peserta dalam kategori Kanak-Kanak 5km mesti berumur antara 4 hingga 12 tahun. Istimewanya, pakaian untuk Lazada Run ditaja secara eksklusif tau oleh PUMA!
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Lazada Run, ia merupakan acara larian serantau yang dianjurkan oleh sebuah platform eDagang.
Bukan hanya di Malaysia je, ianya juga akan dianjurkan di enam buah negara di Asia Tenggara. Bermula di Ho Chi Minh pada 23 April 2023, diikuti oleh Jakarta, Bangkok, Manila, dan Kuala Lumpur, sebelum acara finale di Singapura pada 23 Julai 2023.
Larian tersebut juga memberi peluang kepada para peserta larian dan para pelanggan Lazada untuk berinteraksi dengan pelbagai jenama kegemaran mereka. Seperti kategori sukan, fesyen, kecantikan, elektronik, dan banyak lagi di Zon Pengalaman atau Experiential Zones.
Jadi cepat-cepat, dapatkan tiket korang di aplikasi Lazada dan mulakan sesi latihan korang untuk Lazada Run! Klik di sini untuk mendaftar dan ketahui lebih lanjut.