Umum mengetahui, kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila telah membawa anaknya, Jebat Jayden ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Mummy Bawa Jebat Ke Tanah Suci’ – Sharnaaz Doa Noor Nabila Bertambah Rezeki
Artikel berkaitan: Neelofa & Suami Teruja Bawa Bilal Ke Tanah Suci, Jebat Jayden Pun Ikut Sekali!
Artikel berkaitan: [VIDEO] Telatah Jebat Jayden Bercerita Tentang Khasiat Air Zamzam Buat Ramai Terhibur – ‘Sebiji Macam Ayah Dia…’
Semasa di sana, Nabila dilihat memuat naik beberapa foto dan video mengenai telatah Jebat. Terbaru, pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat memberi pujian buat bekas isterinya itu kerana berjaya mendidik Jebat dengan baik sekali.
Menurut Sharnaaz, Nabila seorang ibu yang bagus. Ini kerana, dia menekankan ilmu agama kepada Jebat Jayden. Pada masa yang sama, Sharnaaz sempat berseloroh dan menyatakan bahawa cara didikannya tidak sama seperti Nabila.
Kalau bab agama, Alhamdulillah didikan Nabila champion! Tapi, bab didikan haru biru serahkan pada al king of anak hantu.
Menerusi posting tersebut juga, Sharnaaz meluahkan rindu terhadap anaknya. Pelakon filem ‘Jebat’ itu turut melakukan panggilan video bersama anaknya bagi menghilangkan rasa rindu.
Sumber: Sharnaaz Ahmad