Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkongsi beberapa foto romantik bersama pasangan hidupnya Tun Dr Siti Hasmah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-64.
Saya malu untuk tunjuk kasih sayang di khalayak ramai. Tetapi kami telah berkahwin 64 tahun.
Saya rasa patut meraikan perasaan dan toleransi antara satu sama lain.
Menerusi Facebook rasminya, dia menyatakan bahawa dia sebenarnya malu untuk mempamerkan kisah hidupnya di khalayak umum. Namun baginya, perkara ini amat bermakna untuk diraikan selepas mereka telah berkahwin selama 64 tahun.
Foto yang diambil ketika senja hampir menjelma dengan berlatar belakangkan awan yang kemerah-merahan mendamaikan mencetuskan lagi suasana romantik paangan yang telah menceah usia 96 tahun ini.
Rata-rata netizen gembira dan mendoakan diberikan kesihatan yang berpanjangan serta dapat menunjukkan contoh yang terbaik buat rakyat.
Sumber: Tun Dr Mahathir