Seorang selebriti media sosial yang menggelar dirinya Devil Baby dilaporkan terlepas hukuman penjara selepas didakwa mengganggu dan mengintai tiga pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Hana Rose Dakwa Pemain Bola Sepak Dah Ambil Barang & Lari Rumah -‘Jumpa Di Mahkamah’
Artikel Berkaitan: Bekas Teman Wanita Pemain Bola Sepak Sabah Ditahan Polis?
Memetik laporan Mirror UK, Devil Baby atau nama sebenarnya Orla Melissa Sloan telah menggunakan 21 nombor telefon untuk mengganggu pemain tengah Chelsea, Mason Mount selama empat bulan antara bermula 19 Jun hingga 28 Oktober tahun lalu.
Selain itu, dia juga didakwa telah mengintai bekas rakan sepasukan Mount iaitu Billy Gilmour antara 10 September hingga 28 Oktober 2022.
Pada 20 hingga 29 Oktober 2022 pula, Melissa dipercayai mengintai rakan sepasukan Mount, Ben Chilwell antara 20 hingga 29 Oktober 2022.
Menurut laporan itu lagi, Mount, 24, akui bimbang sekiranya Melissa tiba-tiba muncul di padang latihan kelab Chelsea.
Malah, difahamkan mesej yang dihantar wanita itu menyebabkan Gilmour, 22, tidak dapat tidur dengan lena.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Westminster mendakwa Melissa telah meniduri Mount selepas mereka bertemu di sebuah parti di rumah rakan sepasukannya di England, Chilwell pada November 2020.
Pendakwa raya, Jason Seetal berkata bahawa Melissa dan Mount menjalinkan hubungan selama enam bulan sebelum pemain itu memilih untuk berpisah.
Mahkamah kemudian memutuskan bahawa Melissa perlu menjalani pemulihan selama 30 hari serta perlu melakukan kerja kemasyarakatan selama 200 jam tanpa gaji.
Selain itu, Melissa juga perlu membayar Gilmour sebanyak £500 (RM2,971) serta Mount dan Chilwell yang masing-masing £300 (RM1,782) setiap seorang.
Sumber: Mirror UK