Hampir dua tahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan terbang ke luar negara akibat wabak, tahun 2022 membuka lebih banyak ruang kebahagiaan khususnya buat anda yang sudah lama gian ingin melancong ke luar negara. Kini, banyak syarikat penerbangan tempatan mahupun antarabangsa serta agensi pelancongan memperkenalkan tawaran dan promosi menarik untuk anda kembali melancong.
Sebagai penutup tahun 2022, OHBULAN! telah dijemput oleh Visit Victoria untuk menyertai AirAsia X Rediscover Melbourne bagi merasai sendiri pengalaman bercuti di beberapa tempat tumpuan pelancongan di Melbourne, Australia. Sebut tentang Australia, perkara pertama yang mungkin terlintas dalam kalangan kita ialah kangaroo dan beruang koala. Namun, setelah beberapa hari berada di Melbourne, kami terkejut kerana banyak lagi tarikan utama yang anda semua boleh terokai!
Trip selama selama lapan hari tujuh malam dari 9-16 November ini membawa kami ke bumi Melbourne, Australia ketika penghujung musim bunga. Berada dalam suhu antara 11’c-22’c, anda amat digalakkan untuk membawa baju yang sedikit tebal kerana suhu agak sejuk dan berangin.
Tambahan pula ketika ini kebanyakan negara sedang mengalami peralihan monsun dan tidak ketinggalan juga kepada benua Oceania ini.
1.GEELONG & THE BELLARINE / GEELONG WATERFRONT
Setibanya kami di bumi Melbourne oleh Explore Australia Tours, kami dibawa ke lokasi pertama luar dari kawasan bandar Melbourne iaitu Geelong. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit ini membawa kami ke kawasan santai dengan pemandangan replika seni yang dikenali sebagai ‘Bollards’, hasil seni dari pelukis terkenal Jan Mitchell.
Anda boleh temui lebih dari 100 replika bollards dengan pelbagai warna dan corak ini sepanjang berjalan kaki menghirup udara segar di Rippleside Park, Limeburners Point dan Botanic Gardens. Siap boleh muat turun aplikasi ‘Geelong Arts & Culture Trails’ untuk tengok replika bollards tersebut bergerak tau!
2.MINI GOLF DRIVING RANGE CHALLENGE AT CURLEWIS GOLF
Selalu pasang cita-cita nak jadi Tiger Woods sahaja kan bila tengok orang main golf? Jadi inilah masanya untuk kami menunjukkan bakat apabila dibawa ke Mini Golf Driving Range Challenge di Curlewis Golf. Diiktiraf antara Top 50 Australian Golf Course terbaik , The Range @Curlewis ini mempunyai 18 laluan driving range dan akademi latihan golf lengkap dengan makanan. Berpeluh juga nak habiskan semua ‘level’ golf yang ditetapkan tu. Bukan mudah!
Bila dari mula ‘touch down’ Melbourne dah mula dibawa berjalan, perut pun sudah pastinya akan berbunyi kelaparan. Sudah tentu kami dibawa ke lokasi makan tengahari di Jack Rabbit Vineyard.
3.BELLARINE SMOKEHOUSE
Bila dibawa melancong ke luar negara, makanan yang anda wajib cuba adalah variasi makanan laut yang sangat segar. Salah satu jenis makanan laut yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah ikan salmon. Kami dibawa ke Bellarine Smokehouse yang mengambil masa beberapa minit sahaja dari lokasi ‘lunch’ tersebut untuk merasai kenikmatan ‘smoked fish’ secara tradisional. Bukan sahaja ikan salmon, Bellarine Smokehouse juga menyediakan variasi dari barramundi, NZ Ora King Salmon, King Fish, Victorian Rainbow Trout dan belut.
4.CHECK IN R-GEELONG HOTEL
Setelah seharian tak mandi dari sampainya kami di bumi Victoria ini, akhirnya tibalah masa untuk ‘check-in’ di R-Geelong Hotel yang terletak di Geelong. Memang bila sampai di bilik, betapa puasnya hati kerana keluasan seperti sebuah apartment!
Diberikan masa untuk berehat sebentar dan seterusnya kami dibawa untuk menikmati makan malam di Fisherman’s Pier, merupakan restoran berdekatan dengan ‘port’ boat yang mendapat Anugerah Restoran Seafood Terbaik selama 40 tahun berturut-turut! Tak jauh dari hotel, kami hanya berjalan kaki sahaja sambil mencuci mata pemandangan petang.
1.SARAPAN DAN KE QUEENSCLIFF
Mulakan pagi dengan sarapan hanya di kafe berhadapan hotel iaitu Cafe’ Go dan betapa terujanya kumpulan kami untuk menaiki cruise pada hari ini. Perjalanan selama 35 minit untuk ke jeti Queenscliff dan perjalanan di atas cruise selama 90 minit untuk lihat haiwan yang tak ada di perairan negara kita. Haiwan apa tu?
2.Queenscliff-Sorrento Feri
Merupakan antara aktiviti wajib bila anda ingin keluar dari kawasan bandar Melbourne adalah dengan menaiki feri. Mengambil masa selama 45 minit perjalanan feri dari Queenscliff ke Sorrento, katanya kalau bernasib baik boleh nampak ikan lumba-lumba berenang. Bestnya! Namun, adalah perlu diingatkan supaya tidak kecewa kerana memang tidak dijanjikan untuk anda dapat melihat ikan lumba-lumba dan sea lion berenang-renang di kawasan tersebut kerana mereka merupakan habitat liar dan bukan dipelihara. Jangan risau, pengalaman menaiki feri dengan angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca sejuk dan pemandangan yang indah cukup untuk membahagiakan hati anda sambil mempelajari sejarah Port Philip Bay.
Selepas dah selesai mencuci mata melihat pemandangan laut di atas cruise, kami dibawa pula ke Sorrento. Sorrento ini dikategorikan sebagai ‘kawasan T20’ oleh penduduk di Melbourne. Mana tidaknya, kalau anda berpeluang untuk singgah ke kawasan ini, anda akan disajikan dengan pemandangan kawasan perumahan yang berjuta-juta dollar! Kami juga sempat dibawa menyelurusi laluan ‘Millionnaire’s Walk’ yang mana sebenarnya hanya melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah ini. Tapi tidak sangka pemandangan belakang rumah pun macam berada di resort mewah!
4.ARTHURS SEAT EAGLE (GONDOLA RIDE)
Dah ‘settle’ berangan tengok rumah di Soretto, kami meneruskan perjalanan ke salah satu lokasi perlancongan wajib datang di Melbourne iaitu Arthurs Seat Eagle. Pasti anda sekeluarga akan teruja menaiki gondola ini kerana gondola di sini berkonsepkan terbuka. Selain dapat melihat pemandangan indah Mornington Peninsula dan Port Philip, anda juga boleh nampak bandar Melbourne dari atas gondola! Kalau nak cakap tentang keindahan warna biru laut, itu sudah pasti!
5. BERENDAM KOLAM AIR PANAS DI PENINSULA HOT SPRINGS
Dalam cuaca yang sejuk iaitu 11’C, amatlah lega kalau boleh berendam dalam kolam air panas bukan? Alang-alang kami berada di kawasan Mornington Peninsula, kami dibawa untuk memanjakan diri di Peninsula Hot Spring yang telah memenangi anugerah ‘ Best Natural Hot Spring and Spa’.
Menyediakan lebih 50 kemudahan dan pengalaman ‘hot spa’, anda boleh pilih kemudahan mandi dari kolam air panas, reflexology walk, Turkish hamam, dan kolan di atas bukit dengan pemandangan 360′ darjah Mornington Peninsula. Memang gah! Bukan itu sahaja, ada juga kemudahan seperti geothermal pool, ice cave, sauna, kafe, pentas untuk majlis-majlis rasmi dan wellness centre. Paling menarik adalah anda hanya perlu ‘explore’ kawasan hot spring ini dan makin tinggi anda naik, makin tinggu suhu panas air dalam kolam.
Wah, nampaknya tempat penginapan kami yang seterusnya ada ’90’s vibe’! Rye Hotel yang mengenengahkan konsep suites yang mengelilingi kolam merupakan penginapan hotel yang sangat selesa dengan bilik yang sangat luas! Rasa macam filem dulu-dulu pulak bila konsep hotel macam ini.
6.DINNER DI THE ATRIUM AT INTERCONTINENTAL, SORRENTO
Bila dah ada di kawasan T20, untuk sesi makan malam hari ini, kami akan menjamah makanan di lokasi mewah iaitu The Atrium at Intercontinental, Sorrento. Dari pintu hadapan sehinggalah ke dalam, semua dilengkapi dengan hiasan mewah yang sangat sesuai untuk anda bawa orang tersayang bagi mengadakan acara istimewa. Makanan memang tip top!
1.BRIGHTON BATHING BOXES
Selesai bersarapan di hotel, kami memulakan perjalanan ke salah satu lokasi ‘signature’ apabila anda datang melancong di Melboune iaitu Brighton Bathing Boxes! Kalau anda selalu menonton filem Bollywood, inilah merupakan lokasi yang selalu menjadi kegemaran untuk mereka ‘shooting’ klip video lagu. Mempunyai 82 buah pondok berwarna-warni serta corak dari awal tahun 1900s di sepanjang Brighton Beach, lokasi ini dapat memberi aura positif ketika anda melancong! Bagi anda yang suka ‘ootd’, memang inilah masanya untuk anda penuhkan galeri telefon dengan gambar-gambar cantik.
2.SOUTH MELBOURNE MARKET
Lokasi wajib yang anda kena singgah apabila datang ke Melbourne adalah South Melbourne Market. Sudah berusia lebih 150 tahun, South Melbourne Market sudah pasti tidak akan mengecewakan anda yang suka membeli barang-barang makanan segar, buah dan sayur segar, fresh flowers, cenderamata Australia, baju dan juga barang perhiasan. Bukan itu sahaja, banyak juga pilihan makanan termasuk makanana halal yang anda boleh dapati di sini. Jangan lupa cuba croissant terbaik di Agathé Pâtisserie dan datang awal sebab kena beratur panjang!
Dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang pada hari Rabu, pada hari Jumaat pula ditutup jam 6 petang manakala ditutup jam 4 petang pada hari bekerja yang lain. Penting juga untuk anda aturkan perjalanan kerana market ditutup pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.
3.LUME MELBOURNE
Setelah beberapa hari berada luar dari kawasan Melbourne City, akhirnya kami sampai jua ke kota raya Melbourne. Lokasi pertama setibanya kami di Melbourne City adalah The Lume. Mesti anda pernah nampak di laman media sosial tentang sebuah pameran digital di sebuah galeri bukan? Haa itulah The Lume yang merupakan digital galeri pertama di Australia dan Southern Hemisphere.
Buat anda yang meminati art, inilah tempat wajib anda boleh tenangkan fikiran melihat pelbagai grafik seni yang membuai mata. Sedar tak sedar anda boleh habiskan masa berjam-jam hanya dengan melihat kreativiti pameran digital yang menyampaikan mesej tertentu dalam setiap paparan. Nak berfoto pun cantik kerana paparan digital adalah setiap sudut sehingga ke lantai.
4. RENDEZVOUS HOTEL
Tempat penginapan kami yang ketiga apabila berada di Melbourne City adalah Rendezvous Hotel. Terletak di tengah-tengah Melbourne’s CBD, The Rendezvous Hotel juga amat berdekatan dengan Flinders Street Station, pasaraya, kafe and restoran. Semuanya memang mudah diakses, nak naik tram pun mudah!
4.HARRY POTTER AND THE CURSED CHILD THEATRE
Buat peminat ‘die-hard’ siri novel dan franchise filem popular Harry Potter, ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Seperti yang kita tahu, novel terakhir siri ini iaitu Harry Potter and The Cursed Child hanya dijual dalam bentuk novel skirp dan tidak dijadikan filem, sebaliknya pementasan teater. Hanya dipentaskan di London, ini merupakan pertama kali Harry Potter and The Cursed Child dipentaskan luar dari London iaitu di Princess Theatre, Melbourne.
Pementasan yang gah dan berteknologi tinggi ini mendapat paling banyak anugerah dalam sejarah Britain’s Oliver Awards dengan mendapat 9 anugerah termasuk Best New Play dan Best Director. Memang puas hati dan ’emotional’ untuk peminat Harry Potter menyaksikan kisah ini secara live.
*Jap! Belum habis lagi penggembaraan kami di Melbourne tapi dah penuh jadual kan? Kalau nak penuhkan lagi jadual itinerari anda ke Melbourne, kena tunggu ‘Part 2’ senarai lokasi menarik yang ada di Melbourne nanti, tunggu….