Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar perempuan menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar dengan menggunakan pisau dapur.
Artikel Berkaitan: Suami Kelar Diri Selepas Ditegur Isteri Beli Jam Mahal
Artikel Berkaitan: Lelaki Dikelar Gara-Gara Dendam Sering Pukul Teman Wanita
Gambar sekadar hiasan
Kejadian malang yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia itu terjadi ketika mangsa sedang menuju ke sekolah. Suspek mengekori mangsa dari arah belakang dan kemudian menghentikan mangsa atas alasan ingin berbual.
Ketika berbual, suspek segara membonceng di atas motosikal mangsa dan memberitahu mangsa bahawa dia mahu mengambil ulat yang melekat pada tudung mangsa. Suspek kemudian membuka tudung mangsa dan dengan pantas mengelar leher rakannya itu.
Susulan itu, para pelajar lain segara membantu setelah mendengar jeritan mangsa, manakala pihak sekolah bertindak menghantar mangsa ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa mengalami luka serius dan telah mendapat 18 jahitan di bahagian dalam dan 15 jahitan di bahagian luar lehernya.
Menurut Ketua Polis Ciamis, AKBP Tony Prasetyo Yudhangkoro berkata insiden yang menimpa pelajar tersebut adalah bermotifkan cemburu kerana cinta tiga segi mangsa dan suspek bersama seorang lelaki.
Sementara itu, suspek ditahan di klinik yang sama ketika dia menerima rawatan akibat pening dan ulser perut. Dia juga kini berada di bawah kawalan ketat pihak polis.
Sumber: Tribun News