Sebelum ini viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita digigit seekor anjing liar milik salah seorang penduduk di satu kawasan perumahan di Melaka. Menerusi laporan Utusan, pemilik anjing berkenaan telah pun ditahan pihak berkuasa dan dikenakan denda RM2000.
Kes dekat taman tanjung minyak perdana. Tak pasal2 je akak ni kena serang dgn anjing ni.. kesian dia smpi luka2.. kepada owner2 anjing, tambat atau jaga la anjing korang elok2. Nnt bila org pukul ke ape ke, mula la geng2 pecinta haiwan bersuara.. pic.twitter.com/eBWT5vVsq6
— TeD (@BukanWanted) July 28, 2020
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh telah menjatuhkan hukuman terhadap Liew Sea Hai selaku tertuduh kerana cuai sehingga menyebabkan anjing peliharaannya itu menyerang dan mencederakan seorang wanita. Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan dia telah didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum enam bulan atau didenda sehingga RM2000 atau kedua-duanya.
Anjing OKS (orang kena saman) juga telah dirantai tapi kecuaiannya pada hari itu adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.
Rantai besi yang mengikat anjing telah terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah.
Peguam tertuduh, Surendaran Chelvarajah telah memohon mahkamah untuk mengurangkan hukuman. Tertuduh turut dikatakan telah merantai anjing peliharaannya cuma pada hari kejadian, pagar rumahnya tidak ditutup.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan anjing berkenaan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk tindakan susulan. Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu telah mengesahkan bahawa pemilik anjing berkenaan tidak memiliki lesen memelihara anjing dan perlu dikenakan tindakan.
Sumber: Utusan