Peningkatan kes COVID semakin hari semakin tinggi. Ramai juga yang terkesan dengan keadaan sekarang ni. Ada antara mereka yang dibuang kerja, ada yang dicutikan tanpa gaji dan ada juga peniaga-peniaga yang tak dapat menjalankan perniagaan, semuanya disebabkan pandemik.
Tak semua orang ada peluang untuk menjana income dengan mudah. Setiap daripada mereka yang terkesan pastinya ada cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Kebanyakkan daripada mereka memilih jalan untuk berniaga atas talian secara kecil-kecilan, demi meneruskan kelangsungan hidup.
Sememangnya saban hari, kita akan lihat atau baca kisah-kisah mereka yang memerlukan bantuan. Antara bantuan yang diminta seperti barang dapur, barangan keperluan anak kecil dan makanan. Tak dinafikan sememangnya rakyat Malaysia sangat prihatin, ramai juga antara kita yang menghulurkan bantuan.
Tak ketinggalan juga foodpanda menganjurkan kempen share joy. Kempen ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan bantuan daripada Joy Squad.
Joy Squad telah memilih Aziana seorang ibu tunggal untuk kongsikan keriangan dalam kempen share joy.
Aziana atau lebih mesra disapa Kak Ana tinggal di Hulu Langat dan membesarkan 5 orang anak. Beliau bekerja sebagai pembantu penjual yong taufu di pasar malam.
Memandangkan sekarang masih lagi PKPD di Selangor, pasar malam masih belum boleh beroperasi. Keadaan ini menjejaskan pendapatan bulanan Kak Ana.
Untuk meneruskan kehidupan, Kak Ana mengambil inisiatif dengan menjual beberapa produk seperti serum dan juga coklat secara online.
Adat berniaga ada pasang surutnya, begitu juga apa yang Kak Ana hadapi. Jualan serum beliau kurang mendapat sambutan disebabkan kurang mahir dalam membuat promosi. Kemudian Kak Ana cuba menjual coklat dan alhamdulillah mendapat sambutan.
Selain itu, beliau juga berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan seperti nasi goreng, mee goreng atau apa sahaja masakan yang dia tahu untuk menyara hidup. Anak-anak Kak Ana turut menolong beliau berniaga dari rumah ke rumah.
Demi menyara anak-anak, Kak Ana sanggup melakukan apa sahaja yang boleh memberi pendapatan kepada beliau. Begitulah pengorbanan seorang ibu tunggal yang sanggup bersusah payah untuk memberi keselesaan hidup untuk anak-anak beliau.
Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak-anak belajar di rumah dalam keadaan yang selesa, begitu juga Kak Ana. Walaupun hanya dengan berbekalkan sebuah telefon bimbit, bukan penghalang untuk anak-anak Kak Ana ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Kak Ana memberitahu kepada Joy Squad team yang mana anak-anak beliau perlu bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit sewaktu PdPR. Sekiranya anak yang tak dapat sertai waktu pembelajaran, Kak Ana akan maklumkan terlebih dahulu kepada guru tersebut.
Mendengar kisah Kak Ana, Joy Squad telah memberi satu kejutan dengan membuat pesanan barang-barang keperluan dan juga makanan untuk Kak Ana melalui aplikasi foodpanda. Dengan bantuan rider, dapatlah team Joy Squad menyampaikan hajat mereka untuk membantu Kak Ana dan anak-anak.
Selain itu, team Joy Squad juga membeli tiga buah tablet dan satu portable wifi untuk kegunaan PdPR anak-anak Kak Ana. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi keriangan pada Kak Ana dan anak-anak beliau.
Untuk saksikan kisah pengorbanan Kak Ana untuk anak-anak beliau dan berjayakah misi Joy Squad? Saksikan video penuh di sini:-
Di waktu pandemik yang sukar ini, hulurkan bantuan dan kongsikan keriangan bersama foodpanda!
Terima kasih kepada foodpanda kerana menganjurkan kempen ini!