Baru-baru ini viral di sosial media apabila sebuah jenama pakaian dikatakan tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menganjurkan acara pertunjukkan fesyen sempena koleksi raya mereka. Rata-rata tidak berpuas hati dengan perkara tersebut kerana bimbang akan kluster baru Covid-19 yang boleh berlaku.
Terbaru, pemilik butik tersebut tampil memberi penjelasan mengenai isu ini. Menurutnya mereka mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan namun ada tidak dapat mengawal tetamu yang hadir.
Assalamualaikum. Ramai yang DM i pasal fashion show semalam yang viral kat twitter sebab tak ikut SOP. My team ada ambil a few pictures yang pihak kami memang ada jalankan SOP. Pintu masuk kita hadkan 1 pintu sahaja.
Semua guest check in my sejahtera, temperature screening. Guest yangg nak masuk hall WAJIB PAKAI mask. And ada a fews yangg tak bawak mask pon, pihak kami ada provide mask untuk mereka pakai.
Menurut pemilik butik berkenaa, dewan untuk acara tersebut boleh memuatkan 400-500 orang dalam satu masa namun pihak butik mereka hanya menjemput 200 orang.
Ini bermakna pihak mereka mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan pihak mereka juga sudah amalkan penjarakan kerusi. Malah, tetamu juga diwajibkan untuk merekod kehadiran di aplikasi My Sejahtera dan wajib memakai pelitup muka.
Cuma itu lah, di sebalik kami menjaga SOP, mungkin ada kecuaian dari pihak kami. Bila guests dah masuk, most of them bukak mask sebab rata-rata memang nak bergambar. Mohon maaf atas kecuaian / kealpaan pihak kami.
Apa-apa pon , thank you kepada semua guest yang sudi support event semalam. Dan saya mohon 1001 maaf andai ada salah / kecuaian dari pihak kami. Yang baik datangnya dari Allah. yang kurang tu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
Akhir sekali, pemilik butik berkenaan memohon maaf atas kecuaian pihak mereka dan berterima kasih kepada orang ramai yang terus menyokong produk jenama mereka.
Sumber : Yaana Lee