Foto: Kitchencookbook
Minum petang kalau makan butter cake bersama air teh panas mesti sedap kan? Memang layan habis, jadi hari ini admin nak kongsi cara mudah dekat korang untuk buat butter cake dengan hanya menggunakan air fryer. Fuh memang sedap!
Artikel Berkaitan: Resipi Mudah Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fyer, Anak-Anak Pun Boleh Buat Sendiri! Memang Sedap
Artikel Berkaitan: Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Buat Chocojar Yang Serius Sedap!
Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Airin Rushdi menerusi kumpulan Resipi Air Fryer Malaysia di laman Facebook.
Foto: Airin Rushdi
1. 115g butter (pakai salted)
2. 2 biji telur
3. 100g gula kaster
4. 100g tepung naik sendiri(diayak)
5. 30ml susu (saya pakai dutch lady full cream)
6. 1 sudu kecil esen vanilla
1. Panaskan air fryer 160’.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna kuning pucat atau putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masuk esen vanilla dan susu. Pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan tepung dan kaup semula adunan guna senduk.
5. Kemudian masukkan dalam loyang 6’ yang dah dilapik dengan baking paper.
6. Bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit. Siap.
Selamat mencuba!
Sumber: Airin Rushdi via Resipi Air Fryer Malaysia