Industri seni kehilangan lagi bintang berbakat apabila penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, meninggal dunia, pada 11.33 malam Selasa.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Kilafairy Harap Keajaiban Berlaku -‘Saya Tak Akan Biarkan Mama Pergi’
Pemergian Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil bukan saja memberi kesan kepada keluarga malah rakan artis.
Menerusi Instastory, penyanyi Datin Suliza Salam bersyukur kerana sempat menziarahi arwah semasa hayatnya masih ada.
Menurut Suliza, 58, dia sempat sedekahkan bacaan Yasin sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir selang 15 minit kemudian.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Syukur alhamdulillah sempat bertemu dan memperdengarkan surah Yasin buatnya. 15 minit sebelum kak Ana (nama panggilan) menghembuskan nafas terakhirnya.
Kembalinya seorang sahabat, seorang ibu untuk bertemu sang penciptanya.
Dalam pada itu, ibu kepada penyanyi Ismail Izzani menyifatkan arwah Rohana sebagai insan yang baik. Katanya lagi, dia akan mengabadikan kenangan pahit manis mereka sepanjang bergelar anak seni.
Pelantun lagu Untuk Sekali juga mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah serta amal ibadahnya akan diterima.
Terdahulu, ibu kepada pelakon Kilafairy ini kembali ke rahmatullah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Arwah Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan hospital tersebut sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah, dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur.
Sumber: Instagram