Tindakan personaliti dakwah dan aktivis, Ustaz Ebit Lew membatalkan penglibatan ke sebuah acara di Singapura membuatkan pengacara Roslan Shah tidak berpuas hati.
Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual: Saksi Ketujuh Dakwa Telefon Bimbit Ebit Lew Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Roslan mendakwa Ebit telah menarik diri di saat akhir dengan alasan perlu berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.
Dakwa Roslan, pengurus kepada Ebit tidak memaklumkan perkara itu lebih awal dan secara tidak langsung nama baiknya dengan penganjur sudah terjejas.
Roslan, 51, turut memuat naik beberapa tangkap layar (screenshot) yang memaparkan perbualannya di WhatsApp dengan pengurus Ebit.
Berdasarkan perkongsian itu, Ebit sangat teruja untuk menyertai acara pada 23 Jun hingga 25 ini. Bagaimanapun kata pengurusan, Ebit memberitahu keputusan ingin mengerjakan ibadah haji pada saat akhir.
Dalam pada itu, Roslan menekankan kepada pihak Ebit untuk menanggung segala ganti rugi dengan pihak penganjur kerana persediaan sudah dilakukan.
Katanya lagi, penginapan hotel di Singapura telah ditempah untuk tempoh tiga hari malah pengiklanan iklan sudah dibuat.
Sumber: Instagram