Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu bakal menamatkan zaman duda yang digalasnya selama dua tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan ‘Salam Takziah’ Jadi Detik Perkenalan Shuib & Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta
Sementara menuju detik bahagia itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, dilihat memuat naik satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Shuib meluahkan rasa syukur dengan menyebut kalimah ‘Alhamdulillah’. Malah dia turut ‘tagged’ nama bakal isterinya, Watie Hanifiah.
Sementara itu, Watie yang juga usahawan dilihat sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan berdoa agar segala urusan mereka untuk bergelar suami isteri dipermudahkan.
Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita, counting times.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya termasuk rakan selebriti menyampaikan ucapan tahniah serta mendoakan majlis pernikahan Shuib dan Watie berjalan lancar.
Pasangan itu bakal melansungkan pernikahan mereka pada Jumaat malam bersamaan 23 Jun 2023.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram