Padah buat sang isteri apabila ditetak suaminya selepas kantoi berdua-duaan dengan jiran lelaki di dalam tandas.
Artikel Berkaitan: Bergaduh Sebab Duit, Isteri Tetak Suami Guna Parang
Foto: Tribune News
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Dairi, Rismanto J Purba, suspek difahamkan sudah ‘menghidu’ kecurangan isteri dengan jiran lelakinya itu sejak dari 27 Mei yang lalu.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di Sumetera Utara itu telah menyebabkan si isteri yang hanya dikenali sebagai A, 30, cedera di bahagian kepala, bahu dan tangan manakala mangsa yang dikenali sebagai ZAC, 26, cedera di kepala dan tangan.
Ketika kejadian, si suami difahamkan tiada di rumah kerana keluar untuk mengambil air nira pokok kelapa dengan membawa parang.
Suspek yang kemudiannya pulang ke rumah mula curiga apabila melihat pintu dapurnya terbuka dan terdengar suara seorang lelaki bersama isterinya di dalam bilik air.
Ingin mengenal pasti apa yang berlaku, suspek lantas menendang pintu bilik air yang terkunci dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan jiran lelakinya itu.
Suspek mula curiga apabila melihat pintu dapur rumahnya terbuka dan teringat perbualan intim isterinya dengan lelaki itu.
Isterinya dan lelaki itu ditemui menghadap satu sama lain pada jarak setengah meter sambil membongkok dan membetulkan seluar masing-masing.
Berang dengan apa yang dilihatnya, suspek segera mengayunkan parang yang dipegangnya lalu menetak isteri dan jirannya itu secara membabi buta.
Suspek kemudiannya menghubungi ketua kampung dan memaklumkan mengenai perkara tersebut sebelum meminta untuk dibawanya ke balai polis.
Sumber: Suara.com