Foto: Berita Harian
Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi, ramai mungkin tertanya-tanya sama ada suntikan vaksin atau ujian calitan dalam hidung dan mulut akan membatalkan puasa. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad tampil memberikan penerangan mengenai isu ini.
Artikel berkaitan: Suami Pengsan Lepas Isteri Suntik Vaksin Covid-19
Artikel berkaitan: Cara Daftar Vaksin Secara Online Tanpa Guna Aplikasi MySejahtera, Boleh Buatkan Untuk Ibu Bapa Di Kampung
Artikel berkaitan: Tun Mahathir Individu Tertua Terima Vaksin Covid-19
Foto: ISMAWeb
Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu bahawa mana-mana suntikan yang melibatkan vaksin Covid-19 tidak membatalkan puasa kerana ianya tidak membabitkan rongga terbuka. Tambahan beliau, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal,
Kumpulan perubatan Islam di United Kingdom (UK) turut mengeluarkan kenyataan selepas kebimbangan semakin meningkat mengenai ibadah puasa boleh terbatal jika menerima suntikan vaksin tersebut.
Suntikan subkutan, subdermal, intramuskular, intraosseous atau intraartikular yang tidak melibatkan makanan tidak membatalkan puasa tanpa mengira kandungan bahan yang disuntik dan memasuki peredaran darah,
Tambahan lagi, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengeluarkan fatwa yang membenarkan orang Islam menerima suntikan Covid-19 walaupun jika ia mengandungi ‘bahan tidak halal’.
Selain itu, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyatakan bahawa suntikan vaksinasi Covid-19 diklasifikasikan sebagai ubat pencegahan untuk individu seperti yang telah disarankan oleh agama Islam terutamanya ketika musim pandemik Covid-19,
Sumber: Berita harian, Sinar Harian