Korang tak perlu bayar lebih sebab sekarang korang boleh dapatkan HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro dengan pelan ansuran bermula dari RM6.57/sehari*.
Selain menikmati ganjaran berganda, korang juga boleh berentap dengan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon dalam Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000*!
Buat peminat HUAWEI, korang kena bersedia untuk produk yang bernilai hebat dan pilihan yang lebih baik kerana HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro akan dijual mulai hari ini, 9 September di semua HUAWEI Experience Stores di seluruh negara dan dalam talian di HUAWEI Store.
Dengan harga hanya RM499, pengguna boleh mendapatkan HUAWEI WATCH FIT dalam Graphite Black atau Sakura Pink. Manakala HUAWEI FreeLace Pro boleh didapati dalam Graphite Black dengan harga RM399 saja.
Bagi yang tengah berjimat, korang boleh dapatkan pelan ansuran 0% melalui HUAWEI Together 2020. Pakej istimewa ini menampilkan HUAWEI nova 7 SE, FreeLace Pro dan WATCH FIT pada harga RM6.57 sehari selama 12 bulan.
Paling best, korang boleh berbelanja lebih dan menikmati kehidupan yang lebih sihat dan pintar bersama orang yang tersayang dengan membeli dua unit HUAWEI WATCH FIT dan korang akan menerima rebat segera RM100* bermula sekarang sehingga 9 Oktober 2020. Kena cepat, sementara stok masih ada!
Tonton teaser video pelancaran di sini.
HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro akan menjadi rakan sukan terbaik korang dengan inovasinya yang canggih. HUAWEI WATCH FIT mempunyai 96 mod senaman yang mengagumkan, animasi senaman pantas dan hayat bateri sehingga 10 hari.
Bagi HUAWEI FreeLace Pro, ia dilengkapi teknologi pembatalan hingar (ANC) dwimikrofon, mod ketelusan dan hayat bateri main balik sehingga 24 jam. Peranti ini akan memberikan pengalaman latihan yang luar biasa bagi pengguna ketika digunakan bersama.
Kalau korang pernah berangan nak battle dengan pemenang pingat perak beregu campuran Olimpik badminton negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, inilah peluangnya! Untuk merealisasikan impian, korang hanya perlu membeli HUAWEI WATCH FIT terbaru mulai hari ini di HUAWEI Experience Stores atau HUAWEI Store dan daftarkan diri korang dalam Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT.
Kenapa bayar lebih bila korang boleh dapat ganjaran berganda dengan membeli HUAWEI WATCH FIT? Haa, kalau korang beli HUAWEI WATCH FIT dengan harga hanya RM499, korang bukan saja berpeluang untuk bertanding dengan pemenang pingat perak beregu campuran Olimpik badminton negara, malah memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000 untuk setiap kategori tau.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT yang akan diadakan pada 26 dan 27 September di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur! Korang boleh sertai kejohanan ini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Beli HUAWEI WATCH FIT bermula dari 9 September 2020. (*Simpan ID Pesanan kalau korang buat pembelian dalam talian atau nombor siri produk jika beli dari kedai fizikal)
- Daftarkan penyertaan korang di SINI dengan ID Pesanan untuk pembelian dalam talian dan nombor siri produk untuk pembelian luar talian dari 9 – 20 September 2020.
- Bersiap sedia untuk Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT yang akan berlangsung pada 26 & 27 September 2020!
Korang kena segera mendaftar untuk Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT kerana siapa cepat dia dapat!
Selain hadiah wang tunai RM10,000* dan untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia, Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) akan memberikan pakej hebat bernilai sehingga RM2,100* untuk setiap pemain .
Kategori yang ada untuk Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT ialah – Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita dan Beregu Campuran.
Tempat Pertama |
|
Tempat Kedua |
|
Tempat Ketiga |
|
Korang boleh ikuti HUAWEI WATCH FIT Event Page untuk maklumat lebih lanjut tentang Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT.
Laman Rasmi Facebook HUAWEI akan mengadakan peraduan kongsi dan menang bermula 5 hingga 12 September 2020. Korang hanya perlu LIKE dan SHARE video ini untuk berpeluang menjadi salah seorang pemenang bertuah yang bakal memiliki HUAWEI WATCH FIT.
TikTok
Dengan 3 langkah mudah, korang boleh memenangi jam tangan pintar terbaru HUAWEI. Ikut arahan di bawah untuk menyertai HUAWEI WATCH FIT Move TikTok Challenge 2020!
- Ikuti pergerakan #WatchFitMoveMY
- Muat naik video korang dengan hashtag #WatchFitMoveMY
- Video dengan LIKE terbanyak akan memenangi HUAWEI WATCH FIT!
HUAWEI WATCH FIT Move TikTok Challenge 2020 akan berakhir pada 10 Oktober 2020. Untuk info lebih lanjut mengenai peraduan, korang boleh tengok di sini.
Korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeLace Pro sekarang secara dalam talian di HUAWEI Store, HUAWEI Experience Stores dan peniaga sah di seluruh negara. Maklumlah, hari ni adalah hari terakhir tawaran Super Sale Deals 9.9 akan berlangsung.
Korang boleh dapatkan HUAWEI WATCH FIT, HUAWEI FreeLace Pro dan produk-produk HUAWEI yang lain secara dalam talian dan dapatkan produk korang di kedai.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terbaru HUAWEI, korang boleh nantikan update dari Facebook HUAWEI.