Pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad sering kali menjadi contoh buat para suami untuk menjadi pemimpin yang mampu membahagiakan si isteri dengan kesenangan hidup.
Namun begitu, tidaklah semudah yang disangka kerana setiap individu itu memiliki nasib yang berbeza.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Hadiahkan Tiket Umrah Sebagai Tanda Balas Jasa Guru – ‘Malu, Saya Nakal Dulu’
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Labur RM300,000 Dekat 70 Staf, Bagi Ganjaran Sebulan Bonus & Cuti Sehari
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Farhan memberi nasihat kepada Hafiz secara berseloroh untuk tidak memuat naik sebarang ‘hadiah luar biasa’ di media sosial.
Katanya lagi, dirinya ingin memberi kejutan durian juga agak sukar dek kerana harga yang mahal.
Kepada abang Hafiz Mahamad, saya minta tolong kalau abang buat suprise dengan hadiah yang luar biasa tu, tolong rakam dan abang tengok dekat rumah je.
Abang rakam dan bagi kak Aina tengok di rumah.
Tambahnya lagi, kejutan Hafiz kepada isterinya, Aina merupakan impian seorang lelaki yang bergelar suami.
Individu tersebut turut berseloroh dengan mengatakan bahawa perkongsian Hafiz itu memberi beban kepada suami yang kurang berkemampuan.
@farhantugiman pernohonan rayuan diraja
Menjengah ke ruangan komen, dilihat Hafiz turut meninggalkan komen untuk belanja individu tersebut durian dan minta doa untuk isterinya selalu bahagia. Selain itu, kebanyakan netizen berterima kasih dan sokong dengan nasihat daripada individu itu yang dikatakan wakil bagi menyuarakan luahan daripada para suami.
Sumber: TikTok @farhantugiman