Bila sebut Negeri Sembilan, semua akan persoalkan, apa yang menarik kat Negeri Sembilan ni? Antara 2 daerah yang sering jadi tumpuan public adalah Nilai & Port Dickson. Kalau cakap tentang Port Dickson (PD), selalunya orang akan terfikir pantai Teluk Kemang, tapi tahu tak yang kat PD ni ada 8 buah pantai dan masing-masing ada tarikan tersendiri.
Selain PD, Nilai juga ada tempat yang menarik yang mungkin ramai orang tak tahu lagi. Orang ramai hanya tahu Nilai ni terkenal dengan pusat memborong barang-barang rumah Nilai 3.
Selain popular dengan Nilai 3, Nilai mempunyai tarikan terbaru iaitu pasar malam terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Gembox. Untuk korang yang kaki makan dan suka explore tempat-tempat viral, memang wajib untuk datang kat Gembox ni. Siapa yang selalu jalan-jalan di Nilai, semestinya korang tau yang Nilai ni banyak tempat makan yang sedap-sedap.
Memang kalau dah datang di PD dan Nilai wajib untuk singgah tempat-tempat yang bakal viral atau mungkin dah viral. Nak tau tempat-tempat ni, ayuh la kita tonton video kat bawah ni. Boleh la dapat idea nak ke mana hujung minggu ni kan!
Walaupun semua border dah dibuka dan dibenarkan untuk travel, apa kata kita ambil kesempatan ni untuk naikkan ekonomi negara dengan bercuti dalam Malaysia dulu. Masih banyak lagi tempat menarik yang kita boleh explore tau. Rajin tak rajin je nak research hidden gems dalam Malaysia ni.
Sekarang ni pun pihak Tourism Malaysia dah kembali aktif untuk mempromosikan tarikan pelancongan yang terbaru dan juga yang tengah hype dan viral. Apa tunggu lagi, moh ler rancang percutian bersama keluarga dan kawan-kawan.