Dah nak bulan puasa ni, mesti ramai nak cari duit lebih. Tapi kena tahu cara supaya tak mudah ditipu. Ada yang dah mula ambil order kuih raya, ada yang buat live tiktok jual baju dan banyak lagi.
Tapi ada seorang jejaka ni, memang rare cara dia buat side income. Dia siap keluar masuk hutan semata-mata nak belajar ilmu ni demi mendapatkan duit lebih. Apa agaknya ilmu yang dia belajar dengan tok guru ni? Apa pula kaitan ilmu keluar masuk hutan dengan nak dapat duit lebih?
Kalau nak tahu semua jawapan tu, korang kena tengok video kat bawah ni:-
Seronok betul kalau memang boleh dapat ilmu macam tu kan, Semua keje jadi mudah dan cepat. Tapi yang lagi seronok kalau dapat cari semua barang untuk berniaga di satu tempat ni.
Pada mereka yang baru nak berjinak-jinak berniaga terutamanya pada bulan Ramadan ni, memang sangat sesuai pergi ke GM Klang kerana mereka menawarkan servis Business Matching. Untuk menggunakan servis ini, korang kena download aplikasi GM Klang terlebih dahulu. Bila dah ada aplikasi ni barulah semua kerja jadi mudah!
Dalam aplikasi ni, korang boleh booking waktu nak bertemu dengan seller dan juga boleh booking studio untuk buat photoshoot produk yang nak dijual. Tapi untuk photoshoot kat studio, produk yang digunakan haruslah produk yang dibeli di GM Klang.
Ada lagi satu benda paling penting untuk korang-korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia jual beli ni, ada satu fungsi dalam apps yang dipanggil Business Matching. Fungsi ni korang boleh guna bila nak jumpa seller. Ikut langkah ni:-
1) Klik Business tab pada bar bahagian bawah aplikasi
2) Pada bahagian Business Matching, klik Schedule a Visit
4) Isikan maklumat pada bahagian Schedule a Visit – Tarikh, Masa dan Kategori produk
5) Tekan butang Submit
6) Lepas dah submit tunggu pihak GM Klang akan contact untuk confirmkan masa visit sama ada boleh datang waktu yang dipilih atau tidak.
7) Hadirkan diri pada tarikh & masa yang dah ditetapkan.Sekiranya appoinment yang dibuat pada hari bekerja, akan ada wakil GM Klang yang akan membantu menemani anda.
Lepas ni makin ramai la yang akan mulakan business jual beli ni terutama pada bulan Ramadan.