Gambar sekadar hiasan
Bila kita sebut tentang keputusan peperiksaan, pastinya ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapatkan keputusan yang cemerlang serta bersaing merebut gelaran nombor satu di dalam kelas.
Ada juga segelintir ibu bapa yang dilihat memarahi anak mereka sekiranya tidak menepati piawaian yang diharapkan mereka sebagai contoh sekiranya anak mereka mendapat tempat tercorot di dalam kelas.
Artikel Berkaitan: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum SPM, Gadis Berjaya Raih 9A & Anugerah Pelajar Terbaik
Foto: TikTok Sahabat Alstro
Namun, berbeza pula dengan seorang ibu di Indonesia ini apabila dia tetap menghargai serta meraikan anaknya yang difahamkan mendapat tempat ke-27 di dalam peperiksaan.
Menerusi video yang tular di TikTok itu, dapat dilihat ibu yang baru sahaja pulang dari kerja itu disambut anaknya sambil menyerahkan kad laporan peperiksaan.
Si ibu kemudiannya menjerit keriangan serta menzahirkan rasa bangganya terhadap anaknya itu meskipun hanya mendapat gred B dan C dalam peperiksaan yang lalu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dan terharu dengan tindakan si ibu yang tetap berbangga walaupun anaknya itu mendapat tempat ke-27 dari keseluruhan pelajar dalam peperiksaan.
Mereka juga berharap agar si anak tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan ibunya apabila berjaya dan melangkah ke alam dewasa satu hari nanti.
@sahabatalstro2 Ibu yang bijaksana, menghargai usaha anaknya, semoga nilainya lebih baik lagi ya dik. #ibu #SahabatAlstro #beritatiktok . @barasa523 ? suara asli – Sahabat Alstro
Sumber: TikTok