Di Instagram, penyanyi, Shila Amzah dilihat tidak mudah berputus asa tatkala membantu anaknya, Seth Uwais yang mempunyai masalah lambat bertutur ‘speech delay‘.
Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala
Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya
Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?
Artikel berkaitan: Nafi Dakwaan Tinggal Sebumbung, Ubai Gembira Dapat Restu Keluarga – ‘Saya Dah Jumpa Mak & Ayah Dia’
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan, Shila telah membantu anaknya menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu. Lebih mencuri tumpuan, Seth dah boleh bercakap beberapa perkataan sekiranya dia mahukan sesuatu.
More reading in Malay @sethuwais. Kepada semua mak yang menghadapi anak ada speech delay, kita kena banyak sabar okay. Teruskan bercakap dengan mereka.
Jadi komentator untuk semua benda. Mula-mula rasa macam cakap sorang-sorang. Sekarang Seth dah guna perkataan dia bila dia nak sesuatu. Ianya memerlukan masa. Tapi jangan putus asa.
Tambah Shila, proses untuk memulihkan anak yang lambat bertutur ini memerlukan masa. Jadi, dia berharap ibu bapa di luar sana dapat bersabar dan sentiasa bercakap dengan anak.
Sumber: Shila Amzah